30 Disember 2010 - 20:30

Sambil mengecam peristiwa pertumpahan darah di Cabahar, beliau mengkritik Sidayaye Sima dengan mengatakan, "Liputan Sidaye Sima tidak menunjukkan simpatinya kepada Syiah dan Sunni".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mulawi Sadati turut mengkritik stesyen TV Sidaye Sima dalam mengecam pertumpahan darah di Cabahar malam ke sembilan Muharam lalu.

Ulama Sunni ini berkata, "Liputan Sidaye Sima tidak menunjukkan simpatinya terhadap Syiah dan Sunni".

Beliau menegaskan ulama dan tokoh agama Ahlusunnah Sistan dan Balucistan telah memaklumkan kecaman mereka secara langsung dan serta merta terhadap peristiwa tersebut di dalam khutbah Jumaat dan pernyataan media. Beliau menambah, "Dalam peristiwa ini lapan orang penduduk tempatan Ahlusunnah turut terkorban di hari ke-sembilan Muharam. Ini menunjukkan kumpulan ekstrimis dan pengganas adalah musuh semua umat Islam. Bagi mereka Syiah dan Sunni tidak ada bezanya".